Wednesday, November 30, 2011

Profil Penganjur


Pengenalan Syarikat

Gold Crescent Sdn. Bhd. Mula ditubuhkan pada Januari 2008 oleh mereka yang berpengalaman dalam pengurusan pelajar, akademik dan perniagaan. Gold Crescent menawarkan perkhidmatan menguruskan pelajar dalam pelbagai untuk dihantar ke dalam dan luar Negara. setakat Gold Crescent telah menjalinkan kerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi menyediakan pelajar dalam pelbagai kursus untuk semua jabatan khususnya di Kuliyyah Ahmad Ibrahim.  Gold Crescent juga bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak samada Jabatan Kerajaan, Universiti, Syarikat dan juga individu untuk menyedia dan menguruskan kemasukan pelajar dalam dan luar negara dalam pelbagai bidang.

Visi
Ke arah mengusahakan Perkhidmatan Islamik terbaik untuk semua

Misi
Memberi perkhidmatan Islamik yang terbaik dalam Pembangunan Pendidikan, Modal Insan dan Peningkatan Jati Diri dalam memajukan masyarakat Malaysia

Sebelum ini, Kami pernah menganjurkan kursus bahasa arab sambil melancong ke Syria yang bermula dari tahun 2009. Namun atas sebab-sebab keselamatan, kursus ke syria terpaksa ditangguhkan. Namun, kami memberi pilihan kepada mereka yang meminati bahasa arab untuk menyertai pakej kursus bahasa arab ke Jordan yang bermula pada Februari 2012

Maklumat berkenaan dengan Kursus Bahasa arab syria boleh dilihat di sini
(http://www.kursusbahasaarabsyria.blogspot.com)

No comments:

Post a Comment