Wednesday, November 30, 2011

Maklumat Kursus Bahasa Arab Jordan


Pengenalan

Bahasa Arab merupakan bahasa Al-Quran yang akan menjadi bahasa kebanggaan Nabi Muhammad SAW. Melalui bahasa Arab, pelajar Islam dapat mengkaji dan mencedok ilmu warisan Islam yang telah dikarang semenjak ribuan tahun yang lampau. Pembelajaran Bahasa Arab akan lebih berkesan jikalau seseorang itu belajar di negara arab sendiri. Lebih-lebih lagi saranan Kerajaan Malaysia menggalakkan untuk menguasai tiga bahasa, Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Melihat kepada pentingnya pelajar diberi pendedahan awal tentang kaedah komunikasi bahasa Arab secara langsung ini, kami menawarkan pakej Belajar Bahasa sambil Melancong ke Syria

Objektif Kami ialah supaya peserta dapat :

1.      Meningkatkan mutu pengajian Bahasa Arab
2.      Mempelajari budaya kehidupan bangsa arab secara praktikal

Tempat

Pusat Bahasa Arab, Universiti Ali Bayt, Jordan.

Tempoh dan waktu bertolak

4 Bulan
Bertolak pada 1 Februari 2012
Pulang pada 10 Jun 2012

Kenapa Jordan Dipilih?

·         Sistem pengajian Bahasa Arab yang sistematik di bantu dengan guru-guru yang berpengalaman luas membantu meningkatkan keupayaan pelajar dalam bahasa Arab.
·         Masyarakat Arab Jordan terkenal dengan sifat peramah dan suka membantu warga asing memahami bahasa Arab
·         Jordan antara negara arab yang masih selamat di dalam suasana kemelut negara2 arab yang lain.
·         Dialek percakapan harian masyarakat arab Jordan menyamai bahasa Arab Baku.
·         Kos sara hidup yang tidak terlalu tinggi.
·         Dapat melawat kesan sejarah silam daripada zaman kerajaan Islam Mu’awiyyah dan selepasnya.

 Universiti Mu'tah tahun 2010

Kursus ini sesuai untuk :

·         Lepasan SPM
·         Lepasan STAM
·         Sesiapa yang berminat dalam mendalami Ilmu Bahasa Arab.

Harga Pakej (pendaftaran nama harus diberikan selewat-lewatnya sebelum 28 Disember 2011)

Pakej ini bernilai : RM 7,550.00 merangkumi :
·         Tiket penerbangan pergi dan pulang
·         Bayaran yuran
·         Bayaran sewa rumah selama 4 Bulan
·         Pengurusan
·         Makanan dan pengangkutan di sana tidak disediakan.


Harga selepas 31 Disember 2012 ialah
RM 8,200.00

Pertambahan ini disebabkan yuran pengajian meningkat kerana lewat mendaftar

Untuk penghantaran pertama. kami hanya menerima seramai 20 orang sahaja. diskaun akan diberikan kepada mereka yang hendak pergi secara berkumpulan

No comments:

Post a Comment