Wednesday, November 30, 2011

Pengenalan Pusat Pengajian

Nama Tempat : Pusat Bahasa Arab, Univeriti Aly Al-Bayt, Jordan

Tenaga Pengajar dan Teknik Pengajaran :

Pusat pengajian ini menyediakan guru lelaki atau perempuan yang berpengalaman khusus dalam mengajar pelajar asing. Guru-guru disini mengunakan seluruh teknik pengajaran bahasa seperti;
  • Penulisan
  • Pendengaran
  • Pengajaran Qawaid Bahasa Arab
  • Perbentangan
  • Gerak kerja berkumpulan 
Cara Pengambilan

Kursus ini dibahagikan kepada 3 tahap iaitu

Tahap Permulaan (Mubtada’)
Tahap Pertengahan (Mutawassit)
Tahap tinggi ( Mutaqaddim)

Pelajar akan ditemuduga terlebih dahulu untuk menentukan tahap dengan 2 cara iaitu :
  • Objektif Berkomputer
  • Karangan Bahasa Arab
Kemudahan
  • Padang Permainan
  • Kantin
  • Kelas yang dilengkapi dengan computer, alat pendengaran, televisyen dan sebagainya
Program Tambahan
  • Pengajian Ulum Hadis
  • Tilawah Al-Quran




Sukatan Pelajaran
Sukatan pelajaran ditentukan oleh pihak Pusat Bahasa berdasarkan mutu pencapaian ujian kemasukan yang akan diberi pada permulaan pendaftaran untuk pengagihan kelas.

Maklumat Kursus Bahasa Arab Jordan


Pengenalan

Bahasa Arab merupakan bahasa Al-Quran yang akan menjadi bahasa kebanggaan Nabi Muhammad SAW. Melalui bahasa Arab, pelajar Islam dapat mengkaji dan mencedok ilmu warisan Islam yang telah dikarang semenjak ribuan tahun yang lampau. Pembelajaran Bahasa Arab akan lebih berkesan jikalau seseorang itu belajar di negara arab sendiri. Lebih-lebih lagi saranan Kerajaan Malaysia menggalakkan untuk menguasai tiga bahasa, Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Melihat kepada pentingnya pelajar diberi pendedahan awal tentang kaedah komunikasi bahasa Arab secara langsung ini, kami menawarkan pakej Belajar Bahasa sambil Melancong ke Syria

Objektif Kami ialah supaya peserta dapat :

1.      Meningkatkan mutu pengajian Bahasa Arab
2.      Mempelajari budaya kehidupan bangsa arab secara praktikal

Tempat

Pusat Bahasa Arab, Universiti Ali Bayt, Jordan.

Tempoh dan waktu bertolak

4 Bulan
Bertolak pada 1 Februari 2012
Pulang pada 10 Jun 2012

Kenapa Jordan Dipilih?

·         Sistem pengajian Bahasa Arab yang sistematik di bantu dengan guru-guru yang berpengalaman luas membantu meningkatkan keupayaan pelajar dalam bahasa Arab.
·         Masyarakat Arab Jordan terkenal dengan sifat peramah dan suka membantu warga asing memahami bahasa Arab
·         Jordan antara negara arab yang masih selamat di dalam suasana kemelut negara2 arab yang lain.
·         Dialek percakapan harian masyarakat arab Jordan menyamai bahasa Arab Baku.
·         Kos sara hidup yang tidak terlalu tinggi.
·         Dapat melawat kesan sejarah silam daripada zaman kerajaan Islam Mu’awiyyah dan selepasnya.

 Universiti Mu'tah tahun 2010

Kursus ini sesuai untuk :

·         Lepasan SPM
·         Lepasan STAM
·         Sesiapa yang berminat dalam mendalami Ilmu Bahasa Arab.

Harga Pakej (pendaftaran nama harus diberikan selewat-lewatnya sebelum 28 Disember 2011)

Pakej ini bernilai : RM 7,550.00 merangkumi :
·         Tiket penerbangan pergi dan pulang
·         Bayaran yuran
·         Bayaran sewa rumah selama 4 Bulan
·         Pengurusan
·         Makanan dan pengangkutan di sana tidak disediakan.


Harga selepas 31 Disember 2012 ialah
RM 8,200.00

Pertambahan ini disebabkan yuran pengajian meningkat kerana lewat mendaftar

Untuk penghantaran pertama. kami hanya menerima seramai 20 orang sahaja. diskaun akan diberikan kepada mereka yang hendak pergi secara berkumpulan

Profil Penganjur


Pengenalan Syarikat

Gold Crescent Sdn. Bhd. Mula ditubuhkan pada Januari 2008 oleh mereka yang berpengalaman dalam pengurusan pelajar, akademik dan perniagaan. Gold Crescent menawarkan perkhidmatan menguruskan pelajar dalam pelbagai untuk dihantar ke dalam dan luar Negara. setakat Gold Crescent telah menjalinkan kerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi menyediakan pelajar dalam pelbagai kursus untuk semua jabatan khususnya di Kuliyyah Ahmad Ibrahim.  Gold Crescent juga bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak samada Jabatan Kerajaan, Universiti, Syarikat dan juga individu untuk menyedia dan menguruskan kemasukan pelajar dalam dan luar negara dalam pelbagai bidang.

Visi
Ke arah mengusahakan Perkhidmatan Islamik terbaik untuk semua

Misi
Memberi perkhidmatan Islamik yang terbaik dalam Pembangunan Pendidikan, Modal Insan dan Peningkatan Jati Diri dalam memajukan masyarakat Malaysia

Sebelum ini, Kami pernah menganjurkan kursus bahasa arab sambil melancong ke Syria yang bermula dari tahun 2009. Namun atas sebab-sebab keselamatan, kursus ke syria terpaksa ditangguhkan. Namun, kami memberi pilihan kepada mereka yang meminati bahasa arab untuk menyertai pakej kursus bahasa arab ke Jordan yang bermula pada Februari 2012

Maklumat berkenaan dengan Kursus Bahasa arab syria boleh dilihat di sini
(http://www.kursusbahasaarabsyria.blogspot.com)